Anggun Car Rental

Anggun Car Rental

Monday, January 16, 2017

Bantuan Banjir Pantai Timur Januari 2017

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Awal tahun 2017 banjir besar sekali lagi telah melanda Pantai Timur di negara kita. Banyak mangsa yang terperangkap akibat daripada banjir tersebut.

Kami dari Anggun Car Rental telah tertarik untuk membantu mangsa2 banjir di pantai timur dan menghantar terus bantuan ke Keluarga2 mangsa secara terus rumah ke rumah.

Alhamdulillah..kami telah membuat kutipan derma kilat dan derma ikhlas dari semua sumber dan proses pengumpulan amat positif dari semua pihak yang membuat sumbangan.

Kami juga telah membuat sumbangan derma ikhlas hasil daripada dana syarikat kepada bantuan kali ini..


Terima kasih banyak2 kepada semua yang mengambil bahagian dan sumbangan yang diberikan.. Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Amin...





Terima Kasih & Semoga Tuhan semakin memurahkan rezeki anda semua.

No comments:

Post a Comment