Anggun Car Rental

Anggun Car Rental

Tuesday, April 22, 2014

Bismillah dan salam pengenalan

Pengenalan,

Syarikat Anggun Car Rental & Services merupakan syarikat milik bumiputera 100 % di bawah pengurusan En. Md Sahril Bin Mohd Salehen. Syarikat ini telah rasmi didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernombor pendaftaran 002312392-D di UTC Pudu Sentral.

Latar Belakang

Syarikat Anggun Car Rental & Services berpengkalan di Setapak Kuala Lumpur, merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri & chauffeur (driver) juga disediakan. Syarikat Anggun Car Rental & Services juga menyediakan perkhidmatan 'Door to Door Service' iaitu penghantaran kereta ke pintu rumah atau terus kepada penyewa 24 jam sehari.

Produk

Syarikat Anggun Car Rental & Services setakat ini mempunyai 4 buah kereta di bawah jagaan syarikat iaitu Perodua Viva, Saga BLM, Nissan Sentra & Proton Satria Neo. Kami juga menerima tempahan kenderaan model lain seperti Proton Persona, Proton Preve, Proton Waja, Perodua Alza, Proton Exora, Nissan Grand Livina, Toyota Alphard, Toyota Vios, Toyota Camry, dan kereta selain dari yang disenarai di atas.

Bonus/ Skim Pajakan

Syarikat Anggun Car Rental & Services membuka tawaran dan memberi peluang kepada pelabur/ pemilik kenderaan yang ingin menambah pendapatan sampingan secara tetap iaitu melalui skim pajakan kenderaan. Apakah 'skim pajakan faedah tetap' kenderaan? 'Skim pajakan tetap' kenderaan merupakan satu sistem dimana pemilik kenderaan memajakkan kenderaan mereka kepada syarikat untuk dijadikan kereta sewa. Melalui skim ini pemilik/ pemajak kenderaan akan menerima bonus/ faedah tetap bulanan daripada syarikat seperti yang telah dipersetujui semasa menandatangani surat perjanjian di antara RM 200 - RM 800 sebulan bergantung kepada Model kenderaan dan tahun. Melalui skim yang di tawarkan oleh Syarikat Anggun Car Rental & Services pemilik/ pemajak akan mendapat bonus/ faedah secara tetap dan konsisten daripada syarikat berbanding 'skim pajakan nisbah' iaitu pemilik/ pemajak akan mendapat nisbah keuntungan selepas syarikat menolak kos - kos terlibat dan baki akan diberikan kepada kedua belah pihak. Melalui 'skim pajakan faedah tetap' pemilik/ pemajak akan lebih mendapat banyak manfaat daripada pajakan mereka kerana pemilik/ pemajak tidak perlu memikirkan kos- kos yang terlibat semasa tempoh pajakan berlangsung. Syarikat Anggun Car Rental & Services juga akan menanggung segala kos servis, kerosakan, saman, Insurans terhadap kereta yang dipajak.

Kami mengalu-alukan individu/ pemilik yang berminat untuk memajak kereta kepada
Syarikat Anggun Car Rental & Services & Services dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus En. Md Sahril 017-3222 574 atau whats app 017- 7663 118.