Anggun Car Rental

Anggun Car Rental

Tuesday, July 22, 2014

Tips Untuk Pemandu Bagi Pemanduan Jarak Jauh Ketika Balik Kampung


Seperti tahun-tahun yang lepas, seminggu sebelum menjelangnya Hari Raya, warga kota akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung. Pelbagai persiapan dibuat bagi menyambut hari lebaran seperti membeli baju, langsir atau kasut baru, serta membersihkan setiap halaman rumah. Namun adakah anda semua membuat persiapan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman ?
Persiapan atau pun perancangan untuk perjalanan pulang ke kampung adalah sangat penting. Di sini kami menyenaraikan beberapa tips persiapan sebelum dan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Sebelum perjalanan
  1. Pastikan anda merancang dahulu perjalanan anda seperti bilakah tarikh dan pukul berapa anda akan bertolak. Hal ini penting bagi mengelakkan anda tidak tergesa-gesa serta dapat menghindari dari terlibat dalam kesesakan jalanraya.
  2. Bawalah kereta ke pusat servis yang bertauliah dan servislah kereta ada. Periksa komponen enjin seperti enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.
  3. Pastikan anda rehat dan tidur dengan secukupnya. Elakkan memandu selepas anda pulang dari tempat kerja. Jika anda keletihan, hal ini boleh mengganggu konsentrasi anda ketika memandu.
  4. Elakkan minum minuman keras atau mengambil ubat yang boleh member kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selesema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda.
  5. Elakkan daripada perasaan marah sebelum memulakan perjalanan. Kemarahan boleh membuatkan anda stres, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain.
  6. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.
Semasa perjalanan
  1. Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan nyawa. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.
  2. Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.
  3. Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.
  4. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasang lampu hadapan. Elakkan daripada memandu laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan.
  5. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat. Hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.
  6. Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memoton. Jangan menghalang kenderaan lain, kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar.
Jika semua pemandu melaksanakan ke semua tip di atas, Insyallah risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dan anda akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Selamat memandu & Berhati- hati.

Tempahan Kereta Sewa Hari Raya 2014 Ditutup


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 

Alhamdulillah bertemu kita juga di dalam bulan yang mulia bulan Ramadhan iaitu bulan yang lebih baik dari seribu bulan lain. Dengan berkat dariNya kita dipertemukan dengan bulan yang sangat dinanti- nantikan umat Islam seluruhnya. Semoga bulan yang penuh kebaikan ini akan membawa lebih rahmat kepada umat Islam seluruhnya & sentiasa diberkati Allah dalam apa juga keadaan. 

Alhamdulillah untuk tahun 2014, umat Islam memulakan puasa pada tarikh 29.Jun.2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435 Hijri & insyallah semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa/ Aidilfitri pada bulan hadapannya iaitu 28.jul.2014 bersamaan 1 Syawal 1435 Hijri.

Untuk secara rasminya Syarikat Anggun Car Rental telah membuka tempahan kereta sewa untuk Hari Raya Aidilfitri bermula 29.Jun.2014 sehingga 24.Jul. 201 iaitu sehingga 3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah tempahan kereta sewa & panggilan yang kami terima pada  tahun ini agak begitu memberangsangkan sekali & saya wakil bagi pihak pengurusan Syarikat Anggun Car Rental amat berterima kasih kepada para pelanggan kami yang sentiasa setia bersama kami. Di kesempatan ini juga kami ingin meminta maaf pada pelanggan yang cuba untuk membuat tempahan di saat akhir kerana kehabisan stok kereta.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan awal & kami telah menerima deposit booking bagi semua kenderaan yang telah ditempah & Insyallah penghantaran akan di lakukan seawal 24.Jul.2014. Kami juga sentiasa mengingatkan para pelanggan kami supaya membuat tempahan awal untuk mengelakkan pertindihan tempahan & kehabisan stok kereta. 

Senarai tempahan kereta secara rasmi untuk Hari Raya Aidiladha 2014:
1.       Toyota Alphard – 1 unit
2.       Toyota Innova – 2 Unit
3.       Proton Exora – 2 Unit
4.       Perodua Alza – 2 Unit
5.       Perodua Myvi – 3 Unit
6.       Proton Saga FLX SV – 3 Unit
7.       Perodua Viva Elite – 4 Unit
8.       Perodua Viva EZ – 2 Unit
9.       Perodua Viva 850 (M) – 1 Unit

Kami akan memastikan semua kenderaan yang akan digunakan untuk para pelanggan kami berada di dalam keadaan baik & sempurna Insyallah, & yang paling penting ialah sesuai untuk perjalanan jauh & selamat. Kami juga mendoakan para pelanggan kami yang menggunakan perkhidmatan ketika berhari raya agar memandu dengan penuh berhemah & berhati2 serta selamat sampai & pulang ke destinasi yang ingin ditujui. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami warga Anggun Car Rental. Terima Kasih.

Wednesday, July 2, 2014

Tempahan Kereta Sewa Hari Raya

Salam 1 Malaysia..

Kami telah pun menerima tempahan awal untuk penyewaan pada Hari Raya 2014, bagi yang berminat untuk membuat tempahan awal sebelum kehabisan stok & harga sewaan yang tinggi sila hubungi kami 017-7663118/ 017-3222574 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.

Setakat hari ini kereta yang masih available untuk Hari Raya adalah :
1. Toyota Innova 2.0 E (A) - 1 Unit
2. Proton Exora 1.6 (A) - 2 Unit
3. Perodua Alza 1.5 (A) - 2 Unit
4. Myvi 1.3 (A) - 2 Unit
5. Proton SAGA FLX 1.3 (A) - 2 Unit
6. Viva Elite 1.0 (A) - 4 Unit
7. Viva 850 (M) - 1 Unit

Tuan/ Puan boleh membuat tempahan dengan disertakan Tarikh/ Masa/ Alamat peghantaran & booking deposit RM 300 ke account Maybank 162263246907 Md Sahril Bin Mohd Salehen.
Kami hanya akan menerima tempahan pelanggan yang terawal sahaja disertakan bukti slip deposit 'First come First Serve'. 

Terima Kasih, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Hari Raya.

Yang masih belum like FB kami dialu2kan untuk like & support kami sila klik link https://www.facebook.com/angguncarrental