Anggun Car Rental

Anggun Car Rental

Wednesday, December 10, 2014

Terima Kasih Para Pelabur kami.

Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah  syukur kami panjatkan doa. Dalam masa setahun perjalanan operasi syarikat, kami berjaya memiliki sebanyak 18 buah kereta dari pelbagai jenama dan jenis kereta.
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada para pelabur yang telah bersama- sama kami dalam memajukan ekonomi ukhwah islam.
Gambar di bawah adalah di antara beberapa kenderaan syarikat yang diserahkan oleh pemilik yang sangat bijak dalam menguruskan pelaburan mereka.

Lokasi: wangsamaju

Pada pelabur lain yang ingin tahu kelebihan pelaburan di syarikat kami sila hubungi kami di
 017-7663118 (shah) 

Peluang Untuk Pendapatan Sampingan

Salam 1 Malaysia..
Apakah yang dimaksudkan dengan peluang untuk pendapatan sampingan?
Ya, sesiapa sahaja berpeluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan dari kami.
Bagaimana?
Anda ada kereta?
Mudah sahaja, dari kenderaan yang anda miliki sudah tentu boleh digunakan untuk pendapatan sampingan anda.
Bagaimana caranya? kami akan uruskan dari A to Z.
Ini bukan pendapatan Haram atau sembunyi- sembunyi...segalanya akan kami uruskan.
Anda tiada kereta?
Kami uruskan pembelian kereta anda.
segalanya kami akan aturkan.
Persoalannya apa yg dilakukan dengan kenderaan anda?
Kereta anda akan dipinjamkan kepada syarikat kami untuk urusniaga kereta sewa.

Untuk maklumat lanjut:

Hubungi/ whatsapp kami 0177663118 (shah)

Tuesday, July 22, 2014

Tips Untuk Pemandu Bagi Pemanduan Jarak Jauh Ketika Balik Kampung


Seperti tahun-tahun yang lepas, seminggu sebelum menjelangnya Hari Raya, warga kota akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung. Pelbagai persiapan dibuat bagi menyambut hari lebaran seperti membeli baju, langsir atau kasut baru, serta membersihkan setiap halaman rumah. Namun adakah anda semua membuat persiapan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman ?
Persiapan atau pun perancangan untuk perjalanan pulang ke kampung adalah sangat penting. Di sini kami menyenaraikan beberapa tips persiapan sebelum dan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Sebelum perjalanan
  1. Pastikan anda merancang dahulu perjalanan anda seperti bilakah tarikh dan pukul berapa anda akan bertolak. Hal ini penting bagi mengelakkan anda tidak tergesa-gesa serta dapat menghindari dari terlibat dalam kesesakan jalanraya.
  2. Bawalah kereta ke pusat servis yang bertauliah dan servislah kereta ada. Periksa komponen enjin seperti enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.
  3. Pastikan anda rehat dan tidur dengan secukupnya. Elakkan memandu selepas anda pulang dari tempat kerja. Jika anda keletihan, hal ini boleh mengganggu konsentrasi anda ketika memandu.
  4. Elakkan minum minuman keras atau mengambil ubat yang boleh member kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selesema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda.
  5. Elakkan daripada perasaan marah sebelum memulakan perjalanan. Kemarahan boleh membuatkan anda stres, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain.
  6. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.
Semasa perjalanan
  1. Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan nyawa. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.
  2. Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.
  3. Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.
  4. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasang lampu hadapan. Elakkan daripada memandu laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan.
  5. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat. Hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.
  6. Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memoton. Jangan menghalang kenderaan lain, kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar.
Jika semua pemandu melaksanakan ke semua tip di atas, Insyallah risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dan anda akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Selamat memandu & Berhati- hati.

Tempahan Kereta Sewa Hari Raya 2014 Ditutup


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia 

Alhamdulillah bertemu kita juga di dalam bulan yang mulia bulan Ramadhan iaitu bulan yang lebih baik dari seribu bulan lain. Dengan berkat dariNya kita dipertemukan dengan bulan yang sangat dinanti- nantikan umat Islam seluruhnya. Semoga bulan yang penuh kebaikan ini akan membawa lebih rahmat kepada umat Islam seluruhnya & sentiasa diberkati Allah dalam apa juga keadaan. 

Alhamdulillah untuk tahun 2014, umat Islam memulakan puasa pada tarikh 29.Jun.2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435 Hijri & insyallah semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa/ Aidilfitri pada bulan hadapannya iaitu 28.jul.2014 bersamaan 1 Syawal 1435 Hijri.

Untuk secara rasminya Syarikat Anggun Car Rental telah membuka tempahan kereta sewa untuk Hari Raya Aidilfitri bermula 29.Jun.2014 sehingga 24.Jul. 201 iaitu sehingga 3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah tempahan kereta sewa & panggilan yang kami terima pada  tahun ini agak begitu memberangsangkan sekali & saya wakil bagi pihak pengurusan Syarikat Anggun Car Rental amat berterima kasih kepada para pelanggan kami yang sentiasa setia bersama kami. Di kesempatan ini juga kami ingin meminta maaf pada pelanggan yang cuba untuk membuat tempahan di saat akhir kerana kehabisan stok kereta.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan awal & kami telah menerima deposit booking bagi semua kenderaan yang telah ditempah & Insyallah penghantaran akan di lakukan seawal 24.Jul.2014. Kami juga sentiasa mengingatkan para pelanggan kami supaya membuat tempahan awal untuk mengelakkan pertindihan tempahan & kehabisan stok kereta. 

Senarai tempahan kereta secara rasmi untuk Hari Raya Aidiladha 2014:
1.       Toyota Alphard – 1 unit
2.       Toyota Innova – 2 Unit
3.       Proton Exora – 2 Unit
4.       Perodua Alza – 2 Unit
5.       Perodua Myvi – 3 Unit
6.       Proton Saga FLX SV – 3 Unit
7.       Perodua Viva Elite – 4 Unit
8.       Perodua Viva EZ – 2 Unit
9.       Perodua Viva 850 (M) – 1 Unit

Kami akan memastikan semua kenderaan yang akan digunakan untuk para pelanggan kami berada di dalam keadaan baik & sempurna Insyallah, & yang paling penting ialah sesuai untuk perjalanan jauh & selamat. Kami juga mendoakan para pelanggan kami yang menggunakan perkhidmatan ketika berhari raya agar memandu dengan penuh berhemah & berhati2 serta selamat sampai & pulang ke destinasi yang ingin ditujui. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami warga Anggun Car Rental. Terima Kasih.

Wednesday, July 2, 2014

Tempahan Kereta Sewa Hari Raya

Salam 1 Malaysia..

Kami telah pun menerima tempahan awal untuk penyewaan pada Hari Raya 2014, bagi yang berminat untuk membuat tempahan awal sebelum kehabisan stok & harga sewaan yang tinggi sila hubungi kami 017-7663118/ 017-3222574 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.

Setakat hari ini kereta yang masih available untuk Hari Raya adalah :
1. Toyota Innova 2.0 E (A) - 1 Unit
2. Proton Exora 1.6 (A) - 2 Unit
3. Perodua Alza 1.5 (A) - 2 Unit
4. Myvi 1.3 (A) - 2 Unit
5. Proton SAGA FLX 1.3 (A) - 2 Unit
6. Viva Elite 1.0 (A) - 4 Unit
7. Viva 850 (M) - 1 Unit

Tuan/ Puan boleh membuat tempahan dengan disertakan Tarikh/ Masa/ Alamat peghantaran & booking deposit RM 300 ke account Maybank 162263246907 Md Sahril Bin Mohd Salehen.
Kami hanya akan menerima tempahan pelanggan yang terawal sahaja disertakan bukti slip deposit 'First come First Serve'. 

Terima Kasih, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Hari Raya.

Yang masih belum like FB kami dialu2kan untuk like & support kami sila klik link https://www.facebook.com/angguncarrental

Tuesday, May 27, 2014

Kereta Pajak

Bismillah & Alhamdulillah.

Semoga anda semua sentiasa sihat & dimurahkan rezeki insyallah. Dalam entri kali ini admin ingin share kenderaan milik syarikat yang sentiasa terbuka untuk disewakan. Untuk pengetahuan anda juga kebanyakkan kenderaan yang dimiliki syarikat adalah hasil pajakan & pelaburan pemilik2 kenderaan yang sedia untuk membuat pelaburan kepada syarikat.




 Myvi SE 1.3 (A) - Daily RM 100



Nissan Sentra 1.6 (A) - RM 130 Daily




SAGA FLX 1.3 (A) - RM 100 Daily





Vios TRD, G, E, J Spec - RM 180 Daily





Viva Elite (A) - RM 90 Daily




SAGA FLX 1.3 (A) - RM 100 Daily




Alza 1.5 (A) - Daily RM 170



Viva 850 (M) - RM 80 Daily




Toyota Innova 2.0G - RM 230 Daily











Untuk Maklumat Lanjut Boleh hubungi kami terus 017-7663118/ 017-3222574.

Tuesday, May 13, 2014

Kereta/ MPV Sewa Murah Selangor & Kuala Lumpur


Terima Kasih,

Alhamdulillah dengan izinnya saya dapat meneruskan penulisan saya di blog ini & jutaan terima kasih saya ucapkan pada Tuan- tuan & puan- puan yang sedang mengikuti laman blog saya. Insyallah saya akan terus aktif untuk update- update terbaru tentang produk syarikat saya pada semua yang mengikuti saya.

Kereta Sewa,

Dengan ini saya menghebahkan bahawa syarikat kami menjalankan bisness sewaan kereta/ MPV sekitar Selangor & Kuala Lumpur. Setakat bulan Mei syarikat kami mempunyai 7 buah kereta untuk disewakan kepada individu yang ingin menggunakan perkhidmatan sewaan kereta/ MPV. Kereta yang beroperasi sekarang adalah SAGA FLX (A) - 2, Viva Elite (A) - 1, Myvi SE (A) - 1, Nissan Sentra (A) - 1, Perodua ALZA (A) - 1, Satria Neo (M) - 1. Alhamdulillah dengan jumlah ini kami cuba untuk memenuhi permintaan pelanggan kami yang ingin menggunakan perkhidmatan kami dan insyallah kami sedang menambah lagi jumlah kenderaan untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi.

Kawasan Operasi,

Syarikat Anggun Car Rental berpengkalan di Setapak, Kuala Lumpur & penghantaran adalah percuma di sekitar kawasan operasi syarikat iaitu di Taman sri rampai, wangsamaju, Danau Kota, Gombak, Keramat, Ampang & Sentul. Pelanggan kami juga boleh berurusan dengan syarikat di LRT yang terdekat iaitu LRT Sri Rampai & LRT Wangsamaju serta tiada caj akan dikenakan. Sekiranya pelanggan kami berada di luar kawasan operasi kami caj penghantaran akan dikenakan dengan kadar yang berpatutan.

Hubungi Kami,

Untuk sebarang pertanyaan & promosi sila hubungi pihak syarikat 017-3222574/ 017-7663118 & insyallah kami akan memberikan kerjasama & layanan yang terbaik.




Tuesday, April 22, 2014

Bismillah dan salam pengenalan

Pengenalan,

Syarikat Anggun Car Rental & Services merupakan syarikat milik bumiputera 100 % di bawah pengurusan En. Md Sahril Bin Mohd Salehen. Syarikat ini telah rasmi didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernombor pendaftaran 002312392-D di UTC Pudu Sentral.

Latar Belakang

Syarikat Anggun Car Rental & Services berpengkalan di Setapak Kuala Lumpur, merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri & chauffeur (driver) juga disediakan. Syarikat Anggun Car Rental & Services juga menyediakan perkhidmatan 'Door to Door Service' iaitu penghantaran kereta ke pintu rumah atau terus kepada penyewa 24 jam sehari.

Produk

Syarikat Anggun Car Rental & Services setakat ini mempunyai 4 buah kereta di bawah jagaan syarikat iaitu Perodua Viva, Saga BLM, Nissan Sentra & Proton Satria Neo. Kami juga menerima tempahan kenderaan model lain seperti Proton Persona, Proton Preve, Proton Waja, Perodua Alza, Proton Exora, Nissan Grand Livina, Toyota Alphard, Toyota Vios, Toyota Camry, dan kereta selain dari yang disenarai di atas.

Bonus/ Skim Pajakan

Syarikat Anggun Car Rental & Services membuka tawaran dan memberi peluang kepada pelabur/ pemilik kenderaan yang ingin menambah pendapatan sampingan secara tetap iaitu melalui skim pajakan kenderaan. Apakah 'skim pajakan faedah tetap' kenderaan? 'Skim pajakan tetap' kenderaan merupakan satu sistem dimana pemilik kenderaan memajakkan kenderaan mereka kepada syarikat untuk dijadikan kereta sewa. Melalui skim ini pemilik/ pemajak kenderaan akan menerima bonus/ faedah tetap bulanan daripada syarikat seperti yang telah dipersetujui semasa menandatangani surat perjanjian di antara RM 200 - RM 800 sebulan bergantung kepada Model kenderaan dan tahun. Melalui skim yang di tawarkan oleh Syarikat Anggun Car Rental & Services pemilik/ pemajak akan mendapat bonus/ faedah secara tetap dan konsisten daripada syarikat berbanding 'skim pajakan nisbah' iaitu pemilik/ pemajak akan mendapat nisbah keuntungan selepas syarikat menolak kos - kos terlibat dan baki akan diberikan kepada kedua belah pihak. Melalui 'skim pajakan faedah tetap' pemilik/ pemajak akan lebih mendapat banyak manfaat daripada pajakan mereka kerana pemilik/ pemajak tidak perlu memikirkan kos- kos yang terlibat semasa tempoh pajakan berlangsung. Syarikat Anggun Car Rental & Services juga akan menanggung segala kos servis, kerosakan, saman, Insurans terhadap kereta yang dipajak.

Kami mengalu-alukan individu/ pemilik yang berminat untuk memajak kereta kepada
Syarikat Anggun Car Rental & Services & Services dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus En. Md Sahril 017-3222 574 atau whats app 017- 7663 118.